Lame rasenye x bersiaran. Rasa macam dh ade sawang2 gitu.. Biasala dh akhir2 tahun ni keje kt opis melambak2 coz bizi nk closing account... Maka kerja2 menghapdet ni pn terbengkalai la.. Macam2 nk dikongsikan tapi x berkesempatan nk wat camtu. Balik rumah dh melayan suami dan anak2 yang semakin byk akal n banyak mulut tu... Tapi camne penat pun diorang adalah penyeri hidup aku..
Sebenarnye nk share cara2 penjagaan tudung ber'awning ni.. aku dapat dari ha-na-ni.blogspot.com. (Mintak izin untuk share yer n dh mtk izin kt blog jugak...)..
Memandangkan sekarang mmg trend pakai tudung ni, aku pn terikut la jugak. tapi aku pakai yang biasa2 jek. Bukan nak kata aku
Jom tengok macamana nak jaga tudung :
MEMBASUH : Janganlah basuh dengan mesin basuh kalau nak hayat tudung tu tahan lama. Kalau nak juga guna mesin basuh, basuh je la tudung dengan gunakan karung basuhan (ada banyak jual.Paling senang nak jumpa dekat Cosway). Jangan dicampur dengan pakaian lain. Yang paling selamat, basuh dengan tangan. Tudung tu kan kainnya lembut. Tak lah kotor sangat pun.. Bagi tudung yang beraksesori, janganlah direndam untuk mengelakkan ianya rosak atau berkarat. Bagi tudung yang ada blink-blink dekat awning, jangan digosok padanya kerana ianya mudah tertanggal. Jadi, masa nak basuh tu terbalikkan tudung dan bersih dengan perlahan-lahan. Masa nak mandi tu,basuh la skit-skit. Janganlah disimpan banyak-banyak baru nak basuhkan.. Kang lama la plak dalam bilik air semata-mata nak basuh tudung.
Masa nak jemur, eloklah jangan diperah sangat sampai tak ada air menitis pun. Jemur dalam keadaan basah,dan sepit. Kalau tudung berawning, gunakan hanger dan sepit pada hanger. Janganlah jemur kat tengah-tengah panas. Biarlah kat tempat berangin pun dah cukup. Ye tak?
- Bukan semua tudung kena gosok. Kalau jenis selendang atau lycra berawning tak yah gosok pun.
- Tudung bawal yang bersulam tu kena la gosok. Tapi terbalikkan la tudung tu dulu yer.
Bila nak simpan, letakkan la tudung pada tempat yang betul. Boleh menggunakan penyangkut khas, atau simpan dalam kotak yang ada pembahagi agar tudung boleh disimpan mengikut warna dan jenis fabriknya.
ambik pic ni dari ladymomshop |
ambik pic ni dari ladymomshop |
Ini adalah aku... sesuwaii x... kah3... |
Published with Blogger-droid v2.0.6