September 13, 2013

Berhabuk n bersawang sudaaaa.... :-p

Ehhh... blog ke gua ape ni... da ade sarang labah2 la.... hui3...

Assalamualaikum pembuka bicara.... eheh, cm bersyarah plak yer..
Aduhai, tersegan sendiri bila membiarkan blog ni terlalu lama.
Rasanya sempena hari jumaat yang mulia ini perlu aq polish balik kasi bersih n kilat... :-)
Rase bersalah jgk coz dh lame x blogwalking kt blog kwn2 n sifu2 blogger yg best2 tu... :-)

So far dari 1st entry 2013 byk yg nk dikongsikan, Insyaallah akan dicover satu persatu.. nk story gak walaupun yg baca t ade yg nk muntah ke coz entri lapuk kn.. he3...
Sempena nk polish memolish ni, meh kita kongsi baca n amalkan doa untuk keluarga bahagia yer..


Budak kecik yg sentiasa bikin kecoh yg membahagiakan mama n papa... luv u my son n doter...

Ni la contoh keluarga bahagia, amek gambo pn kt masjid gitu...
Cukup la dulu setakat ni, next time story2 lg...

*** Ya Allah, Kau satukanlah hati2 kami, jauhkanlah keluarga kami dari sebarang perbalahan dan berkatilah kami sekeluarga..
*** Ya Allah, Kau satukanlah hati2 keluarga sahabat2 kami ndan lindungilah mereka...
Amin Ya Rab....

January 2, 2013

Selamat datang tahun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mengalu-alukan kedatangan tahun 2013.. Harap2 semuanya yang mendatang di tahun 2013 ni lebih baik..
Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.6

December 12, 2012

Penjagaan tudung ber 'awning'....

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Lame rasenye x bersiaran. Rasa macam dh ade sawang2 gitu.. Biasala dh akhir2 tahun ni keje kt opis melambak2 coz bizi nk closing account... Maka kerja2 menghapdet ni pn terbengkalai la.. Macam2 nk dikongsikan tapi x berkesempatan nk wat camtu. Balik rumah dh melayan suami dan anak2 yang semakin byk akal n banyak mulut tu... Tapi camne penat pun diorang adalah penyeri hidup aku..

Sebenarnye nk share cara2 penjagaan tudung ber'awning ni.. aku dapat dari ha-na-ni.blogspot.com. (Mintak izin untuk share yer n dh mtk izin kt blog jugak...)..
Memandangkan sekarang mmg trend pakai tudung ni, aku pn terikut la jugak. tapi aku pakai yang biasa2 jek. Bukan nak kata aku x mampu (ayat xbley blah..) nk beli tudung FNJ - "FAREEDA NYATA JELITA" atau yang seangkatan dengannya tu tapi aku lebih selesa pakai yang biasa2 jek, yang murah asalkan nampak cantik dan selesa dipakai. Lagipun aku ni tidaklah secermat mana, jadi lebih baik pakai yang murah jek.

Jom tengok  macamana nak jaga tudung :
  • MEMBASUH :
    • Janganlah basuh dengan mesin basuh kalau nak hayat tudung tu tahan lama. Kalau nak juga guna mesin basuh, basuh je la tudung dengan gunakan karung basuhan (ada banyak jual.Paling senang nak jumpa dekat Cosway). Jangan dicampur dengan pakaian lain. Yang paling selamat, basuh dengan tangan. Tudung tu kan kainnya lembut. Tak lah kotor sangat pun..
    • Bagi tudung yang beraksesori, janganlah direndam untuk mengelakkan ianya rosak atau berkarat.
    • Bagi tudung yang ada blink-blink dekat awning, jangan digosok padanya kerana ianya mudah tertanggal. Jadi, masa nak basuh tu terbalikkan tudung dan bersih dengan perlahan-lahan. Masa nak mandi tu,basuh la skit-skit. Janganlah disimpan banyak-banyak baru nak basuhkan.. Kang lama la plak dalam bilik air semata-mata nak basuh tudung.
  • MENJEMUR
    • Masa nak jemur, eloklah jangan diperah sangat sampai tak ada air menitis pun. Jemur dalam keadaan basah,dan sepit. Kalau tudung berawning, gunakan hanger dan sepit pada hanger.
    • Janganlah jemur kat tengah-tengah panas. Biarlah kat tempat berangin pun dah cukup. Ye tak?
  • MENGGOSOK
    • Bukan semua tudung kena gosok. Kalau jenis selendang atau lycra berawning tak yah gosok pun.
    • Tudung bawal yang bersulam tu kena la gosok. Tapi terbalikkan la tudung tu dulu yer.
  • MENYIMPAN
    • Bila nak simpan, letakkan la tudung pada tempat yang betul. Boleh menggunakan penyangkut khas, atau simpan dalam kotak yang ada pembahagi agar tudung boleh disimpan mengikut warna dan jenis fabriknya.

  • ambik pic ni dari ladymomshop

    ambik pic ni dari ladymomshop
     
    Ini adalah aku... sesuwaii x... kah3...
     Salam sayang... daaa...

    Published with Blogger-droid v2.0.6